Kumpulan Inovatif Kreatif eWAVE Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA
Wednesday, January 19, 2011
Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke 7 pada 1-3 Mac 2011
Pada Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar Bil. 1/2010 yang diadakan pada 19hb. Februari 2010 telah bersetuju untuk memberi kepercayaan kepada Universiti Putra Malaysia sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke 7 iaitu pada tahun 2011.
Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Ikutan daripada itu, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).
Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perhidmatan kepada pelanggan.
Konsep ini juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Latihan Universiti (JALUMA) pada tahun 2004 sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Beberapa siri Konvensyen telah dianjurkan di peringkat IPTA seperti pada Jadual 1.
Tarikh Konvensyen KIK Peringkat IPTA kali ke 7 dijadualkan pada 1 – 3 Mac 2011
bertempat di:
(a)Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Persembahan Kategori Teknikal);
(b)Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Persembahan Kategori)
Terdapat 2 Kategori Projek
(a) Kategori Pengurusan
Kategori Pengurusan adalah projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau sistem prosedur kerja. Contohnya projek pengurusan ialah penggabungan borang permohonan, lesen komposit, pengenalan borang baru, pelaksanaan prosedur kerja baru, pengenalan sistem kerja baru atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem baru yang boleh menjimatkan masa dan kos operasi, meningkatkan kepuasan hati pelanggan dan penyampaian perkhidmatan sderta faedah-faedah lain
(b) Kategori Teknikal
Kategori teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts) dan sains gunaan (applied science). Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan adalah berhubung kait dengan bidang tertentu. Cadangan yang dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama. Contoh projek teknikal ialah penciptaan peralatan baru, pembangunan sistem komputer atau perisian komputer, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan pengwujudan kaedah teknikal baru
Syarat Pertandingan
Yuran Penyertaan
Kategori Hadiah
Keperluan Peralatan & Penginapan
Etika Pakaian & Logo Pasukan
Kriteria Penilaian
Muat Turun Borang
Borang Penyertaan
Borang Abstrak
Borang Keperluan Peralatan
Borang Keperluan Penginapan
Maklumat lanjut hubungi :
Urusetia
Konvensyen KIK Peringkat IPTA kali ke-7,
Seksyen Pengurusan Kualiti,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia & Pengurusan Kualiti,
Pejabat Pendaftar,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan
Pn. Rozi Tamin
(t_rozi@putra.upm.edu.my)
Cik Mahmudah Aunuddin
(mahmudah@putra.upm.edu.my)
Tel : 03-8947 2027/8946 7044
Faks : 03-89467151/8942 6468
Emel : spkpendaftar@gmail.com
Monday, November 22, 2010
Keputusan Konvensyen KIK Peringkat UiTM kali ke 15
Berikut adalah keputusan penuh Konvensyen KIK Peringkat UiTM kali ke 15 yang telah diadakan dari 19 - 22 November 2010
Anugerah Inovasi ICT - TITANIUM (PTAR- UiTM Shah Alam)
Anugerah Penjimatan Kos - PELANGI (Pej. pendaftar, UiTM Shah Alam)
Friday, October 8, 2010
Keputusan Mini Konvensyen KIK Zon Selatan.
Keputusan Mini Konvensyen KIK Zon Selatan.
1. TECHNOLICIOUS, Fakulti Sains Komputer & Matematik.
2. INFO 10, Fakulti Pengurusan Maklumat.
3. AKAR, Bahagian Perpustakaan Tun Dr. Ismail
Majlis perasmian penutup dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Puan Azizah bte Aris Timbalan Pengarah BPJI, UiTM Johor.
Wednesday, September 22, 2010
SENARAI NAMA PENERIMA PAKAIAN IMEJ KUMPULAN ICQCC 2010 HYDERABAD INDIA
Semalam kami menerima email dari Puan Azmah menyatakan bahawa pakaian imej kumpulan KIK UiTM untuk ke ICQCC 2010 HYDERABAD INDIA telah siap oleh itu hari ini kami akan menghantar wakil untuk mengambil baju tersebut.
SENARAI NAMA PENERIMA PAKAIAN IMEJ KUMPULAN ICQCC 2010 HYDERABAD INDIA 10 -15 OKTOBER 2010
Disertakan senarai nama penerima Baju Jaket untuk ditandatangani oleh setiap orang dan dikembalikan kepada pihak Jawatankuasa Pemandua KIK sesegera yang mungkin. Baju Jaket telah pun ada di BPQ, Kumpulan eWAVE sila hadir untuk collect beserta dengan senarai nama yang telah ditandatangani.
Bil | KUMPULAN e-WAVE | Size | Tandatangan |
1. | Encik Ahmad Faizar Jaafar | L |
|
2. | Encik Muhamad Azmir Hj. Sulaiman | XXL |
|
3. | Encik Ahmad Nazri Jaafar | XL |
|
4. | Encik Mohd Yazid Yahaya | L |
|
5. | Puan Rizana Radwan | M |
|
6. | Tuan Hj. Azizi Jantan | XL |
|
7. | Encik Abdul Hamid Mohd Salleh | L |
|
8. | Tuan Hj. Rosli Mohamad | L |
|
9. | Puan Ja’amayah Kosnan | M |
|
Saturday, September 11, 2010
SALAM AIDILFITRI 2010 (1432 HIJRAH)
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk seluruh pembaca senyap yang melayari blog ini. Semoga hari raya anda lebih baik daripada hari raya tahun² yang sudah.
Disini kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf jika terdapat kekurangan semasa kita bersama dan berKIK.
Monday, September 6, 2010
Jadual dan Tiket penerbangan ke Hyderabad, India
AK 224 15OCT HYD/KUL ETD 0840HRS (pagi) ETA 1520HRS (petang)
Azmah Maali,bp Urus Setia KIK UiTM
Wednesday, July 28, 2010
Bengkel Peyediaan Dokumen ICQCC 2010
Pada28 -29 Julai 2010, Pihak Urus Setia KIK UiTM mengadakan Bengkel Dokumentasi Projek bagi tujuan persiapan kumpulan eWAVE dalam pembentangan projek di International Convention on Quality Concept Circles (ICQCC) - 2010 bertempat di Hyderabad India pada 12 - 15 Okt 2010 [url]http://www.icqcc2010.com/[/url]
Tarikh : 28, 29 Julai 2010 dan 02 Ogos 2010
Masa : 08:30 pagi - 04:30 petang
Tempat : Aras 4 PTAR 1
Objektif : Dokumen disediakan mengikut kriteria yang ditetapkan
Bengkel di ketuai oleh En Ehsan dan dibantu oleh Puan Azmah
http://picasaweb.google.com/ewave.ptar/BengkelPeyediaanDokumenICQCC2010
http://e-wave.fotopages.com/