Monday, April 9, 2018

Lawatan Kerja ke China : Tentatif Lawatan

Salam, Jika tiada aral melintang kami team PTAR akan mengadakan lawatan kerja ke Beijing  (Peking) China selama 5 hari 6 malam iaitu dari 10 April 2018 (Selasa)  hingga 16 April 2018 (Isnin) . Tentatif lawatan adalah seperti berikut namun mugkin ada beberapa perubahan  dimana kami akan bertolak dari KLIA  sebelah petang dalam jam18.00 dan dijangka tiba di Beijing Capital International Airport (BCIA) 00.20 pagi dimana  dalam perancangan kami dijangka akan menginap di Jinjiang Inn


10 April 2018 (Selasa)

6.00 ptg  bertolak  dari  KLIA   Terminal M   MH360  ke  Beijing Capital International Airport

12.20 pagi tiba di Beijing Capital International Airport (BCIA)  -  

pergi ke tempat menginap di Jinjiang Inn

11 April 2018 (Rabu)

9.00 pagi Sarapan pagi dan  ke National Library of China 

1.00 tgh Makan Tengah Hari

2.00 Solat

3.00 ptg   Tinamen Squrare + Forbidden City

7.00 mlm Makan Malam

8.00 mlm Pulang ke Hotel


12 April 2018 (Khamis)

9.00 pagi Sarapan pagi 

10.00 pagi bergerakke Great Wall of China

2.00 tgh Solat & Makan Tengah Hari

3.00 ptg ke Peking University + Library

4.00 ptg Niujie Mosque

5.00 ptg Muslim Spermarket

6.00 ptg  Makan Malam

8.00 mlm Pulang ke Hotel


13 April 2018 (Jumaat)

9.00 pagi Sarapan pagi 

10.00 pagi bergerak ke Hongqio (beli belah kot) 

12.30 tgh Makan Tengah Hari

1.00 Solat

2.00 ptg   Tsinghua University + Library

5.00 ptg Makan Malam

7.00 mlm Pulang ke Hotel


14 April 2018 (Sabtu)

9.00 pagi Sarapan pagi 

10.00 pagi Bergerak ke  Beijing  Railway Station

12.00 tgh  Sampai ke Tianjin 

1.00 tgh    Solat + Makan Tengah Hari

2.00 ptg   Tianjin Binhai Library

5.00 ptg   Eyes of Tianjin

7.00 ptg   Pulang ke Beijing

9.00 mlm Sampai  ke Hotel


15 April 2018 (Ahad)

9.00 pagi Sarapan pagi 

10.00 pagi Bergerak ke Summeer Palace

1.00 tgh Solat+ Makan Tengah Hari

2.00 ptg ke Beijing Foreign Studies University

6.00 ptg   Pulang ke Hotel

7.00 mlm Makan Malam

10.00 mlm Bergerak ke Airport - Terminal 3 


16 April 2018 (Isnin)

1.30 pagi MH361 bertolak  dari Beijing Capital International Airport ke   KLIA   

7.50 pagi Tiba  di  KLIA   Terminal M   


Wasalam

Wednesday, January 19, 2011

Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke 7 pada 1-3 Mac 2011

















Pada Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar Bil. 1/2010 yang diadakan pada 19hb. Februari 2010 telah bersetuju untuk memberi kepercayaan kepada Universiti Putra Malaysia sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke 7 iaitu pada tahun 2011.


Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Ikutan daripada itu, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).


Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perhidmatan kepada pelanggan.


Konsep ini juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Latihan Universiti (JALUMA) pada tahun 2004 sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Beberapa siri Konvensyen telah dianjurkan di peringkat IPTA seperti pada Jadual 1.

 












Tarikh Konvensyen KIK Peringkat IPTA  kali ke 7 dijadualkan pada 1 – 3 Mac 2011
bertempat di:

(a)Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Persembahan Kategori Teknikal);

(b)Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Persembahan Kategori)



Terdapat 2 Kategori Projek
(a) Kategori Pengurusan
Kategori Pengurusan adalah projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau sistem prosedur kerja.  Contohnya projek pengurusan ialah penggabungan borang permohonan, lesen komposit, pengenalan borang baru, pelaksanaan prosedur kerja baru, pengenalan sistem kerja baru atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem baru yang boleh menjimatkan masa dan kos operasi, meningkatkan kepuasan hati pelanggan dan penyampaian perkhidmatan sderta faedah-faedah lain
  
(b) Kategori Teknikal

Kategori teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts) dan sains gunaan (applied science).  Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan adalah berhubung kait dengan bidang tertentu.  Cadangan yang dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama.  Contoh projek teknikal ialah penciptaan peralatan baru, pembangunan sistem komputer atau perisian komputer, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan pengwujudan kaedah teknikal baru

Syarat Pertandingan
Yuran Penyertaan
Kategori Hadiah
Keperluan Peralatan & Penginapan
Etika Pakaian & Logo Pasukan
Kriteria Penilaian


Muat Turun Borang
Borang Penyertaan
Borang Abstrak
Borang Keperluan Peralatan
Borang Keperluan Penginapan

Maklumat lanjut hubungi :

Urusetia
Konvensyen KIK Peringkat IPTA kali ke-7,
Seksyen Pengurusan Kualiti,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia & Pengurusan Kualiti,
Pejabat Pendaftar,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan

Pn. Rozi Tamin
(
t_rozi@putra.upm.edu.my)
Cik Mahmudah Aunuddin
(
mahmudah@putra.upm.edu.my)
Tel : 03-8947 2027/8946 7044
Faks : 03-89467151/8942 6468
Emel :
spkpendaftar@gmail.com 

Monday, November 22, 2010

Keputusan Konvensyen KIK Peringkat UiTM kali ke 15











Berikut adalah keputusan penuh Konvensyen KIK Peringkat UiTM kali ke 15 yang telah diadakan dari 19 - 22 November 2010

Johan Keseluruhan - REACH (UiTM Pahang)
Johan - REACH (UiTM PAHANG)
Naib Johan - TITANIUM (PTAR- UiTM Shah Alam)
Ketiga - PELANGI (Pej. Pendaftar - UiTM Shah Alam)



Anugerah Inovasi ICT - TITANIUM (PTAR- UiTM Shah Alam)
Anugerah Inovasi Proses - PELANGI (Pej. pendaftar, UiTM Shah Alam)
Anugerah Inovasi Teknikal - Z'MAX (Pusat kesihatan, UiTM Shah Alam)
Anugerah Inovasi Kaedah Pengajaran & Pembelajaran - REACH (UiTM Pahang)



Anugerah Penjimatan Kos - PELANGI (Pej. pendaftar, UiTM Shah Alam)
Anugerah KIK Berpotensi - PARADIGMA (Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan)
Anugerah Persembahan Terbaik - PELANGI (Pej. pendaftar, UiTM Shah Alam)
Anugerah KIK Istiqamah - Bestari - (Perpustakaan UiTM Perak)
Anugerah Logo Terbaik - MESRA (UiTM Perak)
Anugerah Dokumentasi Terbaik - TITANIUM (PTAR, UiTM Shah Alam)
Anugerah Fasilitator Terbaik - REACH (UiTM PAHANG)

Tuan rumah Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2011 kali ke-16 adalah UiTM Johor

Friday, October 8, 2010

Keputusan Mini Konvensyen KIK Zon Selatan.










Keputusan Mini Konvensyen KIK Zon Selatan.


1. TECHNOLICIOUS, Fakulti Sains Komputer & Matematik.
2. INFO 10, Fakulti Pengurusan Maklumat.
3. AKAR, Bahagian Perpustakaan Tun Dr. Ismail



Majlis perasmian penutup dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Puan Azizah bte Aris Timbalan Pengarah BPJI, UiTM Johor.

Wednesday, September 22, 2010

SENARAI NAMA PENERIMA PAKAIAN IMEJ KUMPULAN ICQCC 2010 HYDERABAD INDIA

Semalam kami menerima email dari Puan Azmah menyatakan bahawa pakaian imej kumpulan KIK UiTM untuk ke ICQCC 2010 HYDERABAD INDIA telah siap oleh itu hari ini kami akan menghantar wakil untuk mengambil baju tersebut.

SENARAI NAMA PENERIMA PAKAIAN IMEJ  KUMPULAN ICQCC 2010 HYDERABAD INDIA 10 -15 OKTOBER 2010 

Disertakan senarai nama penerima Baju Jaket untuk ditandatangani oleh setiap orang dan dikembalikan kepada pihak Jawatankuasa Pemandua KIK sesegera yang mungkin. Baju Jaket telah pun ada di BPQ, Kumpulan eWAVE sila hadir untuk collect beserta dengan senarai nama yang telah ditandatangani.

Bil

KUMPULAN e-WAVE

Size

Tandatangan

1.

Encik Ahmad Faizar Jaafar

L

 

2.

Encik Muhamad Azmir Hj. Sulaiman

XXL

 

3.

Encik Ahmad Nazri Jaafar

XL

 

4.

Encik Mohd Yazid Yahaya

L

 

5.

Puan Rizana Radwan

M

 

6.

Tuan Hj. Azizi Jantan

XL

 

7.

Encik Abdul Hamid Mohd Salleh

L

 

8.

Tuan Hj. Rosli Mohamad

L

 

9.

Puan Ja’amayah Kosnan

M

 

 

 

Saturday, September 11, 2010

SALAM AIDILFITRI 2010 (1432 HIJRAH)

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk seluruh pembaca senyap yang melayari blog ini. Semoga hari raya anda lebih baik daripada hari raya tahun² yang sudah.

 

Disini kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf jika terdapat kekurangan semasa kita bersama dan berKIK.

Kalendar Aktiviti