Monday, October 5, 2009

Bersempena dengan Bengkel Amalan Terbaik 5S PUiTM 2009 yang akan diadakan pada hari esok 6/10/2009 bertempat di Dewan Annexe. Terdapat beberapa anugerah KIK akan disampaikan kepada kumpulan-kumpulan IK yang mencapai pengiktirafan yang terbanyak sepanjang tahun 2008.

Berikut adalah anugerah-anugerah yang akan disampaikan:
1. Anugerah Staf Inovasi & Kreatif
2. Anugerah Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
3. Anugerah Pengiktirafan KIK Peringkat Antarabangsa
4. Anugerah Pengiktirafan KIK Peringkat Kebangsaan
5. Anugerah Pengiktirafan KIK Peringkat Wilayah
6. Anugerah Pengiktirafan KIK Peringkat PUiTM
7. Anugerah Khas Pengurusan

Oleh kerana warna tema pemakaian pakaian untuk majlis tersebut telah ditetap oleh urusetia bengkel iaitu warna BIRU, mohon semua ahli e-WAVE supaya dapat memakai baju baru BIRU/HITAM/PUTIH untuk majlis tersebut.

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

MUHAMAD AZMIR HJ. SULAIMAN
b/p Ketua KIK e-WAVE
Perpustakaan Tun Abdul Razak
UiTM Malaysia
40450 SHAH ALAM
Tel : 03-55443234

No comments:

Post a Comment

Kalendar Aktiviti