Showing posts with label 2009. Show all posts
Showing posts with label 2009. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

Anugerah Inovasi Y.B Menteri Pengajian Tinggi 2009





Putrajaya, Selasa 24 November 2009 - Hari Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi Tahun 2009 yang di rasmikan oleh Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, selaku Menteri Pengajian Tinggi telah menobatkan Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (Kumpulan eWave) dari Perpustakaan Tun Abdul Razak sebagai Juara Keseluruhan Anugerah Y.B Menteri Pangajian Tinggi 2009 disamping menerima Anugerah Kategori Teknikal.
Terdapat 22 pencalonan dari seluruh IPTA dan UiTM melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMI) telah menghantar 5 pencalonan iaitu:
1. Pejabat Bendahari - Sistem Autopush/Autopull
2. Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (Kumpulan eWave) Perpustakaan Tun Abdul Razak - Self Charging Machine In Library
3. Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMI) - Halal Certification Information System (HCIS)
4. Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) - Vendor Monitoring System (VMS)
5. Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMI) - School's Student Management System (SSMS)

Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan dan berikut adalah keputusan Anugerah Inovasi KPT 2009 seperti berikut:


Bil
Anugerah
Agensi/Bahagian/Jabatan
Tajuk projek
1.
Juara Keseluruhan Inovasi
Y.B Menteri Pengajian Tinggi 2009
Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi Maklumat
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
Self Charging Machine In Library
2.
Anugerah Kategori Teknikal
Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi Maklumat
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
Self Charging Machine In Library
3.
Anugerah Kategori Pengurusan ICT & Sistem
Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB), UiTM
Vendor Monitoring System (VMS)
4.
Anugerah Kategori Pengurusan Am
Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM)
Sistem Pelaporan Intergrasi (SPIN)
5.
Anugerah Kategori Peralatan & Bahan
Institut Penyelidikan Perubatan
Molekul (INFORMM) Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia (USM)
Sistem Pengurusan Penggunaan Bahan Kimia (INFORMM Chemical Inventory Management System, ICIMS)
6.
Anugerah Kategori Pengajaran & Pembelajaran
Pusat pengajian Sains Kesihatan (PPSK),
Universiti Sains Malaysia (USM)
Pengurusan Masa Peperiksaan Amali (Sistem V-Time)


Syabas dan tahniah kepada Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (JPSTM PTAR) kerana telah berjaya memenangi Anugerah Inovasi Y.B Menteri pengajian Tinggi 2009 yang pertama kali di pertandingkan. Semoga kemenangan tersebut menjadi pendorong dan semangat kepada semua dalam membudayakan elemen inovasi dalam setiap Jabatan/Bahagian.










Friday, September 25, 2009

KONVENSYEN ICC PERPUSTAKAAN SEMALAYSIA 25-27 SEPT 2009

Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin, nampaknya Kumpulan Inovatif Kreatif e-Wave terpaksa berkorban lagi , memendekan Cuti beraya bersama keluarga di kampung dan berangkat ke Sabah seawal 24 September 2009 untuk berjuang mempertahankan kejuaraan KIK/ICC PERPUSTAKAAN SEMALAYSIA tahun lepas 2009 di Kuching Sarawak

Kali ini eWave akan beraksi di Hotel Le Meridien , Kota Kinabalu dimana Perpustakaan Negeri Sabah sebagai tuan rumah .

http://www.ssl.sabah.gov.my/
24/9/2009 Pergi ke SABAH 6.45 am Kumpul di Seroja 7.00 am Bergerak ke KLIA 9.30 am Flight 26/9/2009 3.30 pm Persembahan 27/9/2009 12.00 pm Penutup 28/9/2009 7.30 pm Balik dari SABAH 9.30 pm Dijangka sampai KLIA

Kalendar Aktiviti